Friday, January 16, 2015

Ayam Masak Paprik



Lame betul x update entry kat blog nie. Tambah lagi pas kawen nie. Baru tau betapa bznyer jadi isteri orang haha (over sangat tau). Baru uruskan sorang belum lagi citer kalau dah ade anak2 lagi nanti..haha.. Ha pas kawen nie lagi la kena try masak benda2 yang x penah masak. Seriusly cakap nie first tme aku masak ayam paprik coz b4 nie x de org pernah request srh masak ayam paprik. Alih2 abah plak request srh masak ayam paprik kat umah...so trus goggle resepi trus ajak en. suami beli barang n masak..Rupenyer x de la ssh sgt . Setakat maen campak2 jer sume bahan settle...hehe ha try tgk resepi kat bawah..



1 ekor ayam- Dipotong kecil2
5 sudu cili kering kisar
3 sudu makan cili sos
3 sudu makan tomato sos
3 sudu makan sos tiram
Beberapa ulas bawang putih- Ditumbuk dan dipotong kasar
2 Biji bawang besar- belah dua dan hiris bulat
2 biji cili merah-hiris serong
Beberapa biji cili api- tumbuk jer
Beberapa helai daun limau purut- disiat-siat
Bunga kobis- potong kecil2
1 biji karot- hiris serong
Beberapa biji kacang panjang- dipotong panjang2
5 sudu cili kering kisar
3 sudu makan cili sos
3 sudu makan tomato sos
3 sudu makan sos tiram
Air secukupnya

Caranya

1.        Panas minyak dan tumis bawang putih sampai wangi.
2.        Masuk cili kisar dan tumis sampai pecah minyak.
3.        Masukkan semua sos dan kacau rata
4.        Then masuk ayam and tunggu dalam 3 minit masukkan air.
           Tunggu sampai ayam separuh masak.
5.        Masukkan kacang panjang, karot, kobis, cili merah, cili api dan daun limau purut.
           Tunggu hingga kobis masak sikit. Masukkan garam
6.        Masukkan bawang besar. Masak hingga rata.
7.        Dah Masak!!

Senang kan orang x tau masak pun mesti boleh buat punyer.ha try la..hehe

"Coming together is a beginning; keeping together is progress; working together is success."

Saturday, October 25, 2014

Resepi Cream Puff





Dah lame x buat benda alah nie sampai la kak ipar teringin nak makan..so aku sebagai adik ipar yg bertimbang rasa buat jugak la cream puff nie..kejap jer buatnya.so x kesah sgt ar...

sesape nak try bt meh tgk resepi kt bawah nie..setengah jam dah boleh siap dah dun worry..


Bahan-bahannya pastry

250 ml air
125 g butter
150 g tepung gandum
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh gula
4 biji telur


Step by step
  1. Didihkan air dan butter dalam kuali dan tunggu hingga butter cair.
  2. Masukkan tepung dan kacau hingga adunan tidak melekat kt kuali.
  3. Tutup api dan sejukkan.
  4. Bila dah sejuk sikit masukkan telur satu per satu sambil kacau.
  5. Lepas dah kembang sikit masukkan dalam piping bag dan bentukkan dengan bentuk cream puff. Buat bulat jer pun boleh.
  6. Bakar 25 minit dengan suhu 180C hingga kuning sikit..
  7. ok dah sikit pastry
Bahan bahan untuk kastard

500 ml susu segar
100 g gula
80g tepung kastard

Step by step
  1. Didihkan susu dan gula atas api. 
  2. Masukkan tepung kastard.
  3. Kacau dengan cepat hingga likat dan tutup api
  4. Sejukkan kemudian letakkan dalam pastry.
Ok try ar bt sndr..selamat men TRY....


“Don't cry because it's over, smile because it happened.” ― Dr. Seuss