Haa
mmg lame sangat dah x buat entry baru kat blog nie.. Langkawi trip miss..hiking
gunung kinabalu pun miss haha mmg malas betul gamaknyer nie. X pe satu hari
nanti even dah tahun 2020 pun aku akan try tulis gak dun worry. Nampak x aku
nie bukan seorang blogger haha.
Ok
entry kali nie nak cter pasal sandwich. Kenapa dengan sandwich??? Hehe untuk
pengetahuan korg Taman Bukit Emas, Senawang Seremban yang aku duk nie ade
sorang makcik nie yang sangat famous dengan kesedapan sandwich dier.. mmg aku pun antara
peminat sandwich dier nie. Dan sempena buat resepi nie aku namakan trus
sandwich cik raziah sempena namenyer.
So,
aku pun mintak resepi mak cik nie.. simple jer buat dier sebenarnyer tapi
memerlukan kerajinan skit ar nak goreng bagai. Nie aku mintak resepi secara
lisan jer n ingat x ingat jer resepinyer tp aku try2 jadi gak..haha so mungkin
la bukan resepi asal yang nie tp boleh try.
SANDWICH
CIK RAZIAH
Bahan-Bahan Perap Ayam
Beberapa
ketul dada ayam ( Ikut suke nak buat brp banyak)
Halia
Beberapa
ulas bawang putih
Cara-caranya
Blend
halia n bawang putih dan lumur kat dada ayam tu. Dada ayam tu dihiris skit bagi
masuk bahan2 tadi. Perap ayam tu sejam dua jam pun boleh dan goreng.
Bahan-
Bahan Buat Sandwich
Beberapa
keping roti
Ayam
yang sudah digoreng tadi
1
biji Bawang holland (dipotong dadu dan digoreng seketika sehingga kekuningan)
Sos
Thousand Island
Mayonis
Lada
Hitam (Sederhana Hancur)
Planta
/ Marjerin
Cara-caranya
Ayam
yang digoreng tadi dicarik halus. (Kalau nak potong2 halus pun boleh). Campurkan
dengan bawang holland yang sudah digoreng. Masukkan sekali mayonis, lada hitam
dan sedikit sos thousand Island dan gaul rata.
Sapu
planta / marjerin pada roti dan ratakan campuran ayam tadi. Potong bahagian
keras tepi roti dan potong roti menjadi tiga segi.... Tadaa dah siap
Kalau
ltk chesdale pun best jugak..try la....
No comments:
Post a Comment