Tuesday, July 7, 2015

Sandwich Cik Raziah

Haa mmg lame sangat dah x buat entry baru kat blog nie.. Langkawi trip miss..hiking gunung kinabalu pun miss haha mmg malas betul gamaknyer nie. X pe satu hari nanti even dah tahun 2020 pun aku akan try tulis gak dun worry. Nampak x aku nie bukan seorang blogger haha.

Ok entry kali nie nak cter pasal sandwich. Kenapa dengan sandwich??? Hehe untuk pengetahuan korg Taman Bukit Emas, Senawang Seremban yang aku duk nie ade sorang makcik nie yang sangat famous dengan kesedapan sandwich dier.. mmg aku pun antara peminat sandwich dier nie. Dan sempena buat resepi nie aku namakan trus sandwich cik raziah sempena namenyer.

So, aku pun mintak resepi mak cik nie.. simple jer buat dier sebenarnyer tapi memerlukan kerajinan skit ar nak goreng bagai. Nie aku mintak resepi secara lisan jer n ingat x ingat jer resepinyer tp aku try2 jadi gak..haha so mungkin la bukan resepi asal yang nie tp boleh try.


SANDWICH CIK RAZIAH

Bahan-Bahan Perap Ayam
Beberapa ketul dada ayam ( Ikut suke nak buat brp banyak)
Halia
Beberapa ulas bawang putih

Cara-caranya
Blend halia n bawang putih dan lumur kat dada ayam tu. Dada ayam tu dihiris skit bagi masuk bahan2 tadi. Perap ayam tu sejam dua jam pun boleh dan goreng.

Bahan- Bahan Buat Sandwich
Beberapa keping roti
Ayam yang sudah digoreng tadi
1 biji Bawang holland (dipotong dadu dan digoreng seketika sehingga kekuningan)
Sos Thousand Island
Mayonis
Lada Hitam (Sederhana Hancur)
Planta / Marjerin

Cara-caranya
Ayam yang digoreng tadi dicarik halus. (Kalau nak potong2 halus pun boleh). Campurkan dengan bawang holland yang sudah digoreng. Masukkan sekali mayonis, lada hitam dan sedikit sos thousand Island dan gaul rata.

Sapu planta / marjerin pada roti dan ratakan campuran ayam tadi. Potong bahagian keras tepi roti dan potong roti menjadi tiga segi.... Tadaa dah siap

Kalau ltk chesdale pun best jugak..try la....