Monday, July 21, 2014

Resepi Daging Masak Kicap


Daging Masak Kicap

Act jarang masak makanan n lauk pauk berasaskan daging nie..since mmg x brp suke makan daging.tp dah menjelang dewasa gtu kena ar belajar sok2 nak kawen senang...x boleh dah ikut tekak sendiri jer.

nie bahan-bahannyer 

1kg Daging (Potong nipis)
3 ulas bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
½ cawan kicap pekat
Air Asam jawa
Garam secukup rasa

Bahan untuk diblend

4 biji bawang besar
3 inici halia
4 ulas bawang putih
20 biji cili kering @ 2 sudu besar cili siap blend
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar

Cara-Caranya

  1. Tumis Bahan hiris + Bunga Lawang + kayu manis
  2. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing dan terbit minyak.
  3. Masukkan daging, air dan renih hingga empuk
  4. Masukkan kicap pekat, air asam jawa dan garam
  5. Biarkan kuah pekat dan hidangkan.

nampak macam banyak sgt bahan kan..tp blend jer sume tu dun worry x leceh sgt buat..daging tu nak cepat lembut masuk jer dalam pressure cooker tggu 45 minit x yah susah2 rebus lame2 hehe...

selamat try!!!

“An idealist is one who, on noticing that a rose smells better than a cabbage, concludes that it makes a better soup.” 


No comments:

Post a Comment