Monday, March 23, 2015

Part 2 Honeymoon di Bali - Temple Menarik di Bali



14 Dec 2014 - Ahad

Today aktiviti more to jejalan kat temple jer and tentatif ktorg adalah seperti berikut:-

Tempat :Taman Ayun Temple

Tempat nie macam base jer just boleh tgk temple di Bali nie. Masuk setengah jam trus abis pusing satu temple. Boleh tgk gambar2 kat bawah nie.

Pintu masuk ke Temple

Depan pintu Temple tapi x boleh masuk boleh tgk dr luar jer so posing ngan pintu pun jadi la hehe


Bahagian dalam temple yang boleh dilihat dari sudut sisi temple. Unik kan bumbung dier tu sume x de pakai konkrit ke simen ke tu sume buatan sendiri jer

pandangan sisi


Tempat : Daya Tarik Wisata Ulun Datu Beratan


Temple nie lokasinya kat atas bukit so sejuk skit la n tempat agak lawa dan sejuk ala2 Cameron Highland ar. Time ktorg datang nie masyarakat Bali dalam persiapan menyambut Hari Raya Galungan dan Kuningan jadi sempat la tgk kebudayaan diorg di sana. Perhiasan mereka kebanyakannya handmade jer n paling aku suke tgk perhiasan yang dinamakan "Banjour". Buluh yang tinggi dihiasi dengan padi kering n daun2 kering (x sure daun ape) dan selalunyer diletakkan depan rumah sebagai perhiasan.

di depan pintu masuk temple. Yang tinggi2 tu la dinamakan banjour


Salah satu binaan temple di sini

 Balik tu sempat lunch makan ayam pleching kat satu ni dah lupa namenyer tapi semua restoran ktorg g sumenyer halal sebab supir yang bawak nie pun Islam jugak so x de hal la. Ayam pleching nie mmg best and if datang lagi wajib rase ayam nie. Kuahnyer laen dari laen bukan macam sambal biase.

Ayam Pleching yang mabeles

Tempat : Tanah Lot



Tanah Lot nie terletak di Tabanan, lebih kurang 20km daripada Denpasar. Ianya merupakan tebing tinggi menganjur ke laut di pulau Bali dan diatasnya dibina kuil bagi penganut agama Hindu . ha nampak x unik diorg nie sampai cari tempat tebing nak buat kuil ha ko hado??... hehe. tapi pemandangan yang lawa tu lagi menarik pelancong datang nak tgk kuil diorg nie and tempat diorg memang terjaga n bersih. Meh tgk gmbr bawah nie


Nice view here

Di hadapan salah satu kuil. Sebab view lawa jadi kami posing di sini. hehe



Another nice view taken.


No comments:

Post a Comment